Monday, May 26, 2014

Tempat Menarik | Interesting Places

Tempat menarik sekitar Homestay Parit Raja


Taman Universiti


1. Tutti Fruitti - 200 meter dari Homestay Harmoni.
2. Al-azhar Corner Parit Raja - dibuka 25jam sehari ;). 500 meter dari Homestay Harmoni.



3. McDonald's Parit Raja - 600 meter dari Homestay Harmoni.
4. Pasar Malam Taman Universiti, Parit Raja  - setiap Rabu malam. Lokasi: berhampiran dengan Mc Donald's
5. 7-eleven 
6. Dobi
7. Kedai Makan Pelbagai (Makanan Arab, Steamboat, Western)
8. COSWAY
9. Mini Market


Parit Raja
Pekan Parit Raja terkenal dengan hasil kampung seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Nama Parit Raja diberikan bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu. Mata pencarian penduduk di sini berasaskan kepada kegiatan pertanian, perniagaan dan nelayan. Di Pekan Parit Raja ini juga terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan masakan tempatan, barat dan mamak. Pelbagai jenis buah-buahan juga boleh di perolehi di sini.  
1. KFC
2. Pasaraya Wellward
3. Bank (Maybank, BSN, CIMB, Public Bank) 
4. Stesen Minyak (Petronas, Esso, Shell, Mobil)
5. Kedai Kerepek
6. Baryani Best. Lokasi: No.2t, Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka Biru, Parit Raja
7. Bisik - Bisik Restaurant
8. Chicken Delight Restaurant.
9. D'impian Kopitiam. Lokasi: No. 12, Jalan Cempaka 3, Taman Cempaka Biru, Parit Raja,
10. Faa`It Nasi Ayam
11. Gazebo Seafood Restaurant 
12. KMS Restaurant. Lokasi: Jalan Kristal 7, Taman Medan Kristal
13. Kompleks Niaga Parit Raja
14. Pinang Sebatang Restaurant. Lokasi: No. 5, Jalan Susur Perniagaan, Pekan Parit Raja, (Berhampiran Cimb Bank).
15. Restaurant Line Clear - Lokasi: Lorong Kurnia (Depan Petronas ) ,Jalan Kluang Parit Raja 86400 Batu Pahat Johor
16. Restoran Cuba Rasa
17. Restoran Nasi Lemak Gam (Parit Raja). Lokasi: No 3, Jalan Aked Utama, Taman Aked, 86400, Parit Raja
18. Warung Seri Montel
19. Bariani Warisi

Air Hitam 



Pekan Ayer Hitam, di sini sering menjadi tumpuan pengunjung dari negeri lain apabila di pekan kecil yang terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan itu menawarkan pelbagai jenis produk seramik dan bunga plastik bermutu tinggi yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa balik. Selain seramik dan pelbagai barangan perhiasan rumah serta kelengkapan hantaran pengantin, Ayer Hitam juga memiliki kawasan pelancongan berasaskan pertanian dengan adanya pusat pertanian moden terbesar di negara ini.
1. PISB - Tempat untuk memborong pasu, bunga (plastik), aksesori hiasan rumah dan lain2. Sesuai untuk mereka yang mencari kelengkapan perkahwinan seperti bunga telur, kad jemputan dan hiasan.
2. Johor Claytan Factory
3. Kedai Tembikar Ah Soon
4. Pekan Seramik Air Hitam
5. Taman Botani Johor
6. Taman Organik Zenxin
7. Tugu Peringatan Air Hitam
8. Institut Pertanian Ayer Hitam
9. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
10. Tropical Village Air Hitam


Batu Pahat 

Di Batu Pahat sangat terkenal dengan nasi baryani gam, mee bandung, asam pedas, cendol dan rojak. Jika ingin mendapatkan nasi baryani, anda perlu singgah ke "Benteng". Di mana ianya merupakan suatu tempat menjamu selera yang terkenal di Batu Pahat terletak bersebelahan Sungai Batu Pahat dan berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).Makanan yang popular di sini adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang sangat terkenal oleh penduduk setempat dan penduduk Johor.


Mee Bandung yang terkenal di sini terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat yang lebih di kenali sebagai "Mee Bandung Odean". Di Batu Pahat juga terkenal dengan masakan asam pedas dan gerai yang terkenal adalah terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat di Jalan Rahmat. Minuman cendol yang terkenal di sini terletak di Jalan Omar yang terkenal dengan "Cendol Gelas" dan hidangan rojak yang sangat lazat.    
1. The Summit 

2. Carrefour - lokasi: Taman Flora Utama. Merupakan Carrefour kedua terbesar di Johor dan ke 10 di Malaysia.
3. Square One Shopping Mall - lokasi: Taman Flora Utama. Berhampiran dengan  Carrefour.
4. Parkson - di dalam Square One Shopping Mall. 

5. One Stop - lokasi: Jalan Rahmat, Jalan Jenang and Taman Bukit Pasir.
6. McDonald Drive Thru
7. Batu Pahat Mall
8. The Store Supermarket - lokasi:  Jalan Rugayah and in The Summit.

9. Pacific Hypermarket - lokasi: Batu Pahat Mall.
10. Farson Supermarket - lokasi: Jalan Rugayah.
11. Pasaraya Nirwana Maju - lokasi: Jalan Ampuan/ Jalan Zamrud, (Taman Soga).
12. Wet World Batu Pahat

13. Dataran Batu Pahat
Kawasan ini dahulu lebih dikenali dengan Fountain Batu Pahat kerana terdapat sebuah air pancut pada ketika itu. Ianya telah dibangunkan dan di buka kepada orang ramai pada 17 Mei 1961. Sewaktu pengisytiharan Batu Pahat sebagai Perbandaran Batu Pahat, Fountain Batu Pahat telah diberi nafas baru dengan diberi nama sebagai Dataran Penggaram. Ini kerana ianya telah melalui proses pengubahsuaian dan dinaik taraf sebagai lapangan hiburan dan mempunyai pemandangan panorama indah serta telah dibina sebuah tugu sebagai mercu tanda Bandar Batu Pahat. Dataran ini juga dijadikan sebagai tempat pelaksanaan aktiviti sosial masyarakat bersama pemimpin setempat.


14. Tasik Y 


Berhampiran Dataran Batu Pahat, terdapat sebuah tasik yang dahulunya merupakan bekas sebuah lombong dan dikenali ramai iaitu Tasik Y. Di kawasan tasik ini talah dijadikan sebagai taman rekreasi yang lengkap dengan prasarana taman permainan, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya. Di tasik ini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman. Pada kebiasaannya penyediaan minuman ABC dan Yong Tau Foo merupakan menu popular dikalangan para pengunjung ke tasik ini. Di kawasan tasik ini juga menjadi pilihan para pengunjung dari kawasan berdekatan mahupun penduduk bandar Batu Pahat untuk melakukan riadah pada waktu petang saban hari. Pada setiap pagi hari Ahad, aktiviti yang biasa diadakan adalah senaman J-Robik sebagai pengisian kepada para pengunjung yang datang ke Tasik Y ini.

15. Pantai Minyak Beku 



Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting. Perigi Batu Pahat yang terletak di Pantai Minyak Beku dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya berdasarkan sejarah lalu. Jarak di antara Bandar Batu Pahat ke Pantai Minyak Beku adalah 8 km lebih kurang 20 minit perjalanan dan jalan raya menuju ke pantai tersebut agak berliku sedikit.

16. Pantai Punggor 
Pantai ini terletak di perkampungan desa yang menarik di Punggor merupakan salah sebuah kawasan di Daerah Batu Pahat. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, Pantai Punggor menawarkan keindahan panoramanya untuk mereka yang ingin beristirehat dan cintakan kedamaian. Di persisiran pantai ini juga turut menyediakan tempat memancing.  

17. BP Walk 
Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP Walk juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai-gerai tersebut. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Tuesday, May 20, 2014

Peta Lokasi | Lacation Map

Peta

Pelan lokasi Homestay Harmoni, Parit Raja:




Kedudukan Homestay Harmoni adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat - Air Hitam. Homestay Harmoni juga terletak 2 KM (5 minit) dari UTHM. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai Homestay Harmoni sekiranya dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan lebuhraya Air Hitam / Batu Pahat untuk sampai ke Homestay Harmoni.


Sila hubungi nombor yang tertera di bawah untuk keterangan lanjut :-


Monday, May 19, 2014

Kadar Sewaan | Rental Rate

Kadar Sewa



Hari Biasa: $150.00 semalam
Waktu Puncak$180.00 semalam 

**Kadar sewa masih boleh dirunding.
* Waktu Puncak (Peak season): Semasa pendaftaran, konvokesyen dan aktiviti-aktiviti utama di UTHM dan kawasan sekitar.
* Diskaun: Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap 3 malam atau lebih.
* Sewa bilik: Sewa bilik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Daftar Masuk/ Keluar:

* Waktu daftar masuk: 2.00 petang
* Waktu daftar keluar: 
12.00 tengahari  
** Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan. 



Untuk Tempahan | Reservation

Tempahan boleh dibuat dengan enam langkah mudah:


  1. Telefon atau SMS ke 012-7363269/ 012-7409224/ 012-7695985untuk tarikh daftar masuk dan bilangan hari untuk bermalam di Homestay Harmoni, Parit Raja. 
  2. Hantar SMS dengan mesej: Homestay <jarak> Nama Penuh <jarak> Tarikh daftar masuk <jarak> Bilangan hari
  3. Tarikh daftar masuk dan daftar keluar akan ditetapkan sama ada terus melalui panggilan telefon atau SMS balasan.
  4. Tempahan hanya akan disahkan setelah pembayaran deposit sebanyak 50% daripada jumlah kos penginapan dibuat. Pembayaran wang deposit boleh dilakukan melalui dua cara: 
Pemindahan secara atas talian melalui Maybank2u atau Cimb Clicks.
* Melalui mesin deposit tunai Maybank atau CIMB. 

  (Nombor akaun akan di SMSkan kepada bakal tetamu Homestay)

  1. Sila telefon atau SMS ke 012-7363269/ 012-7409224/ 012-7695985setelah wang deposit dimasukkan supaya tempahan boleh disahkan dan direkodkan pada tarikh yang dipilih.
  2. Bayaran penuh dan deposit kunci sebanyak RM50.00 (akan dikembalikan semasa daftar keluar) hendaklah dibuat secara tunaiketika menerima kunci homestay.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:



Kemudahan | Accomodations

1). Tiga bilik tidur 
  • Bilik tidur utama berhawa dingin dilengkapi katil bersaiz King (6’), empat bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala . 
  • Bilik tidur kedua dilengkapi dua buah katil bersaiz Single (2’10”), empat bantal, almari dan penyidai tuala. 
  • Bilik tidur ketiga dilengkapi katil bersaiz Super Single (4’3”), tiga bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala. 

2). Ruang tamu  
  • Kabinet TV dan LCD TV.
  • Set sofa (2 + 2) dan meja kopi.
3). Ruang makan 
  • Set meja makan untuk 6 orang.
4). Dua bilik air

5). Dapur 
  • Peti sejuk.
  • Kabinet dapur.  
  • Jag air elektrik.
  • Rak pinggan dan pinggan mangkuk.
6). Kemudahan lain 
  • Penghawa dingin. 
  • Perkhidmatan wifi percuma.
  • Tuala, sejadah dan selimut. 
  • Mesin basuh separa automatik. 
  • Seterika dan papan penggosok.
  • Dua tempat letak kereta berbumbung.
  • Hotel amenities seperti sabun mandi, teh, nescafe, milo dan gula.

Wednesday, May 14, 2014

Selamat Datang ke Homestay Parit Raja


Assalamualaikum,





Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Klinik Putra, Al-Ikhsan, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.